PENDIDIKAN KHAS IS MY PASSION
Monday, 15 December 2014
ZOO NEGARA TEMPAT REUNION MENARIK
dekat 5 tahun dah masing-masing tak berjumpa, semua dah besar panjang, kamin cantik, cun, meletop kebabom..haihh..akhirnya dapat klepas rindu..kawan-kawan sekolah menengah.kenangan terbaik...punyalah nak buat reunion yang nak imbas kenangan..Zoo Negara pilihan kami
KENANGAN PRAPRAKTIKUM DI SMK BUKIT RAHMAN PUTRA
Sunday, 14 December 2014
kelainan upaya bukan satu penghalang-kisah pemanah paralimpik negara.
KUALA
LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- "Mak, terima kasih. Walau pun anak mak ni kurang
upaya tetapi masih dapat buat yang terbaik untuk negara." Sesiapa sahaja
yang berada ketika ungkapan kata itu diluahkan atau hanya mendengarnya melalui
laporan media, pasti akan terguris emosinya. Itulah ungkapan luhur pemanah
paralimpik negara, Hasihin Sanawi selepas beliau berjaya merangkul pingat perak
pada temasya Sukan Paralimpik London baru-baru ini. Seraya kejayaan merangkul
pingat perak pada temasya sukan terbesar bagi atlet kelainan upaya itu, Hasihin
kini berjaya menempatkan dirinya sebagai pemanah paralimpik keempat terbaik
dunia. Biarpun namanya tidak setanding atlet tersohor negara seperti Datuk Lee Chong
Wei (badminton) dan Datuk Nicol Ann David (skuasy), pemuda berusia 29 tahun itu
tidak cepat alpa dan sentiasa merendah diri. Kekurangan yang dimiliki beliau
bukanlah penghalang untuk mencipta nama di peringkat tempatan dan seterusnya
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
TEMPAT MULA KENALI SUKAN MEMANAH
Segala-galanya
bermula di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Selangor dan Wilayah
Persekutuan, yang kini dikenali sebagai Rumah Insaniah Dr Siti Hasmah di
Petaling Jaya pada 2010, di mana beliau pertama kali mengenali sukan memanah.
"Selepas kemalangan pada 2005 semasa membantu ayah membina rumah,
kedua-dua belah kaki saya lumpuh. Ketika itu saya dan keluarga semacam buntu,
namun tidak berputus harap untuk terus mendapatkan rawatan bagi memulihkan
keadaan saya. "Doktor kata kecederaan saya sukar dipulihkan. Saya memang
putus harapan sebab tidak lagi dapat membantu keluarga. Doktor yang merawat
saya mencadangkan agar saya menjalani pemulihan di PPOC. "Masa saya mula
masuk ke PPOC, saya tengok beberapa penghuni di situ giat jalani latihan
memanah, antaranya Allahyarham Salam Sidik. Dari situ timbul minat saya untuk
belajar sukan memanah," kata Hasihin. Di bawah bimbingan jurulatih
Amirullah Ahmad pada Majlis Sukan Negara (MSN), Hasihin mula meniti kejayaan
dalam sukan memanah.
IBU BAPA KURANG YAKIN
"Pada mulanya, ibu bapa saya tidak begitu
yakin dengan keputusan saya untuk menjadi atlet sepenuh masa. Mereka lebih rela
saya tinggal di rumah dan di jaga mereka," kata Hasihin, anak ketiga
daripada empat beradik pasangan Sanawi Mat Nin dan Sapiyah Mat Yan. Ibu bapa
mana yang tidak prihatin terhadap keperluan anak mereka dan tidak kurang
memberi dorongan dan sokongan. Kecederaan kekal yang dialami Hasihin telah
membuatkan ibu bapanya pada awalnya seakan tidak rela untuk berenggang
dengannya. "Semasa di PPOC, Hasihin ada menyatakan hasrat untuk menceburi
sukan memanah, saya dan isteri kurang yakin. "Namun lama kelamaan selepas
melihat kesungguhan dan semangatnya dalam sukan itu, kami sekeluarga gembira
dengan perubahan yang ditunjukkan. Kami kini sentiasa menyokong Hasihin dari
belakang. "Ibu bapa mana yang tidak bangga bila anak kandung mereka
berjaya mencapai kejayaan yang besar untuk negara. Kami amat berbangga dengan
kejayaan yang diraih Hasihin," kata bapanya.
TIADA SEBAB UNTUK MERENDAH DIRI
Kajian
psikologi telah menunjukkan Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih cenderung untuk
merasa rendah diri dan tidak banyak bergaul dengan orang lain. Akibat daripada
itu, ia adalah antara sebab mengapa Malaysia sukar untuk mendapatkan bakat baru
atau melibatkan golongan OKU untuk bergiat dalam bidang sukan. Hal berkenaan
diakui atlet elit olahraga paralimpik kategori cacat penglihatan, Hemala Devi
Eni Kutty. "Memang sukar pada mulanya untuk bergiat dalam sukan khususnya
sukan kompetitif seperti olahraga. Bukan mudah... ada masa berjaya, ada masa
ada rasa kecewa. "Saya sangat
berharap semua ibu bapa yang ada anak istimewa, jangan biarkan anak mereka
terperuk di rumah sahaja. "Mereka perlu didedahkan dengan dunia luar, antaranya
sertai bidang sukan. Dengan cara ini, ia membantu mereka lebih terbuka dan
tidak memencilkan diri," katanya. Nasihat Hemala Devi kepada ibu bapa yang
mempunyai anak kelainan upaya ialah supaya tidak merasa malu dengan kecacatan
yang dialami oleh anak mereka. "Sudah tiba masanya anak istimewa ini diberi
bantuan dari segi pendidikan, sosial,
psikologi dan keyakinan diri," kata atlet yang turut membawa cabaran negara
pada Sukan Paralimpik London 2012.
SOKONG ORANG KELAINAN UPAYA
Atlet senior, P.Mariappan, atlet powerlifting
yang pernah menyumbangkan dua pingat gangsa pada Sukan Paralimpik, pula melahirkan
kebimbangan kerana tidak ramai atlet muda yang mahu melibatkan diri dalam sukan
berkenaan. "Boleh dikatakan saya agak bimbang dengan sukan powerlifting
kerana tidak ramai yang mahu sertai sukan ini," kata atlet yang berusia 54
tahun itu. Mariappan telah mewakili negara pada temasya Paralimpik di Seoul,
Korea Selatan pada 1988; Barcelona, Sepanyol (1992); Atlanta, Amerika Syarikat
(1996); Sydney, Australia (2000), Athens, Greece (2004), Beijing, China (2008)
dan London, England (2012).
Daripada tujuh penampilan beliau pada temasya
sukan terbesar bagi atlet kelainan upaya itu, Mariappan berjaya meraih dua
pingat gangsa, masing-masing pada temasya di Seoul dan Barcelona. Katanya,
dalam mendorong golongan OKU berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, perspektif
masyarakat di negara ini terhadap golongan itu haruslah positif. "Janganlah
melihat kekurangan kami sebagai halangan dan alasan untuk memberi peluang dan
membantu kami. Kami perlukan sokongan anda semua," kata Mariappan. Mengambil
pengalaman berada pada dua temasya Sukan Paralimpik di Beijing (2008) dan
London (2012), masih ada banyak ruang yang harus dipelajari rakyat Malaysia
dalam menerima atlet atau orang kelainan upaya seadanya. Pendedahan terhadap
sukan kompetitif baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa perlu
diberikan kepada pelajar di sekolah pendidikan khas. Lebih awal sukan itu
dipupuk, lebih awal mereka pelajari skil bersukan dan membentuk keyakinan diri,
disiplin dan sikap berdikari. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan
Majlis Sukan Negara banyak memberi bantuan dan sokongan kepada atlet kelainan
upaya negara dari segi latihan, peralatan sukan, perubatan, elaun dan ganjaran.
Ia adalah sesuatu tindakan positif dan membuktikan atlet dari kalangan orang kelainan
upaya juga diberi fokus dan dihargai.
-- BERNAMA
FA CR
Lirik Lagu Guru Malaysia
Lirik Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Saturday, 13 December 2014
Varsiti Kita - Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tajuk Lagu/ Song Title: Varsiti Kita
Artis/ Artist: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Album/ Info: Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / UKM official anthem
Lirik Lagu/ Lyrics: Varsiti Kita - Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Lihat kampus ku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah varsiti kita
Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membina
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat ungulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia
jangan main-main woo...dengar je lagu ni dekat universiti ni terpacak habes bulu roma..lagu kebanggaan patik!! berani main dengan lagu ni, dengar di patik mau merasa TAMPARAN WANITA!!
ICT DALAM PENDIDIKAN - pelan pembanggunan pendidikan Malaysia 2013-2025
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
dalam pelan pembanggunan pendidikan Malaysia 2013-2025 ada membincangkan mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan.
Mengapakah perlu?: Sepanjang dekad yang lalu Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari.Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik darisegi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebihkurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawahanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCOpada tahun 2012 mendapati bahawa penggunaan ICTtidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICTmempunyai potensi yang besar untuk memacu prose spembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas.Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan.Apakah bentuk kejayaan?: ICT akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh.Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICT akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna. Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya. Bagi memaksimumkan impak pelaburan, Kementerian juga akan membuat pelaburan dalam latihan kecekapan ICT untuk semua guru dan secara beransur-ansur meningkatkan nisbah perantimurid daripada hampir 1:30 pada tahun 2011 kepada 1:10 menjelang tahun 2020. Bagi memastikan kecekapan kos, Kementerian akan melabur dalam peranti yang sesuai dengan tujuan penggunaan, seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah. Kementerian juga akan mengkaji penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah berbanding dengan makmal komputer yang ada sekarang, seperti perpustakaan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013. Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video dari semasa ke semasa. Guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid
pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. Program perintis inovasi ini akan dimulakan pada tahun 2016. Program yang berjaya akan dilaksanakan di seluruh negara.
Monday, 13 October 2014
one of the kind!
dalam blog yang saya dirikan ini, saya akan cuba membantu semua rakan seperjuangan dalam dunia pendidikan khas untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna dan dapat menambahkan ilmu..
Subscribe to:
Posts (Atom)