PENYEDIAAN ALAT BANTU MENGAJAR
untuk tugasan ini saya telah menyediakan roda untuk mengenali warna asas dan warna sekunder. di sini saya lampirkan 10 jenis gambar produk saya saripada sudut yang berbeza.PENGHASILAN KULIT BUKU.
INI MERUPAKAN VIDEO HASIL KERJA KUMPULAN SAYA BAGI SUBJEK GGGE 2153:TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Tajuk :Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Pendidikan Khas
Ahli
Kumpulan : Siti Nur Adilieelah Binti Amran (A143883)
Norfadilah Binti Abu Hasan (A143892)
Liyana
Binti Abd Talib (A143901)
Pensyarah: En Yusoff Bin Daud
Isi kandungan
1.0 PENDAHULUAN
1.1MAKSUD
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.2
KENAPA ICT PERLU DALAM PENDIDIKAN???
1.3
GURU DAN ICT
1.4
KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID
1.5 KELEMAHAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT
1.6
SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
1.7 KESIMPULAN
1.8
RUJUKAN
1.0 Pendahuluan
Perkembangan
dan penggunaan ICT (Information Perkembangan dan penggunaan ICT (Information
and Communication Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan
Maklumat”, khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asing
di Malaysia.
Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu
dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT
dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa
langkah
dalam mengintegrasikan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua
peringkat sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlaku
merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT yang mana
ia banyak memberi faedah kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berlaku di sekolah pendidikan khas. Analisis pendidikan khas merujuk pada
kegiatan yang menjelaskan unsur-unsur dalam pendidikan khas, termasuklah
peristilahan, doktrin, atau ajaran. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh
guru dalam mendidik pelajar khas. Hal ini kerana pendekatan penerimaan
pembelajaran mereka amat berbeza dengan pelajar biasa. Menurut Effandi Zakaria
(2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang.
Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa, dan sebagainya. Oleh
itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian berbanding pelajar-pelajar
biasa yang sebaya dengannya. Justeru itu, pengenalan ICT kepada pelajar khas
merupakan satu idea yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu, kerana ICT
memerlukan pelajar yang menguasai dan berkemahiran dalam menggunakannya. Oleh
itu, tahap pelajar khas yang sederhana dalam pencapaian akademik dibimbangi
akan menyebabkan mereka takut dan tidak berminat menguasai ICT. Ini akan
menjadi satu kerugian jika ICT tidak diaplikasi dalam pendidikan kerana banyak
kelebihan boleh digunakan melaluinya.
Berdasarkan kepada
kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd Arif Hj Ismail dan Norsiati Razali
@ Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan, Negeri
Pahang, Malaysia didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan
perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang
memuaskan. Oleh itu, tahap penggunaan komputer di Sekolah Pendidikan Khas
menjadi persoalan yang boleh dikaji, ekoran daripada kajian yang telah
dijalankan di sekolah bestari kerana perlaksanaan di kedua-dua sekolah adalah
berbeza.
1.1Maksud
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Definisi
teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran. Pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi
(Zoraini Wati Abas,1993). Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara
terancang dan bersesuaian untuk menambahkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya membolehkan pelajar meningkatkan motivasi diri, memberi
peluang kepada pelajar supaya dapat
belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi pelajar. Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan
semasa, komunikasi dan teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting
dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia abad ke-21
merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan
sains dan teknologi. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu
pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT).
Kebergantungan masyarakat dalam penggunaan sains dan teknologi terdiri daripada
pelbagai aspek antaranya dari segi aspek kehidupan, pembaharuan dan penggunaan
unsur-unsur kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.2
Kenapa ICT perlu dalam Pendidikan???
Menurut
Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menunjukkan bahawa
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan hasil pembelajaran. Bower (1998) menekankan lagi bahawa pengajaran
berasaskan teknologi adalah lebih interaktif dan perlu terus ditingkatkan. Kecanggihan
ICT yang moden berkaitan dengan pendidikan mampu membantu mengatasi kefahaman
murid dalam menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dasar ICT dalam
pendidikan dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada 12 Oktober 2011. Asas-asasnya
ialah pembangunan modal insan secara berterusan., penggunaan teknologi ICT yang
bersesuaian dalam pendidikan dan transformasi proses pendidikan melalui
penggunaan teknologi.
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer cara dan persembahan
maklumat yang ingin disampaikan mampu memberi penguasaan yang baik kepada
pelajar untuk memahami sesuatu isi kandungan mata pelajaran dengan mudah. Oleh
hal yang demikian, sememangnya penggunaan ICT mampu menjadi alat bantu
pembelajaran yang berkesan. Selain itu penggunaan teknologi dalam bidang
pendidikan menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan
penerokaan ilmu secara aktif serta dapat menjadikan pelajar lebih berfikiran
kreatif dan inovatif. Teknologi dalam pendidikan merangkumi segala teknologi
tradisional dan terkini dalam mempertingkatkan penyampaian pengajaran.
Teknologi pendidikan terbahagi kepada dua kompenan utama :
1.
Reka bentuk pengajaran dan media yang
terlibat dengan aplikasi teori dan hasil penyelidikan pembelajaran manusia
kepada amalan perancangan pengajaran.
2.
Komputer dan telekomunikasi yang
merupakan peralatan, kemudahan dan perisian yang digunakan untuk
memprtingkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran
Menurut Harison Bakar
(2008), Pada tahun 2003 KPM telah memperkenalkan komputer riba sebagai alat
teknologi bagi mempermudahkan guru dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris.
Namun demikian dalam tinjauan yang dijalankan pada bulanMac-Mei 2007 didapati
ramai guru tidak mengaplikasikan alat canggih tersebut secara optimum.
1.3
Guru Dan Ict
Guru masa
kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Menurut Fisher (2003),
di negara Barat
peningkatan pengintegrasian ICT dalam
bilik darjah amat memberangsangkan sejak
tiga puluh tahun
yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua
bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi di mana
guru didedahkan dengan
pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal
peribadi sehinggalah aspek profesional.
Guru melalui proses
pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah.
Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi pengetahuan
tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang
terkandung dalam literasi ICT
termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer,
pemprosesan perkataan, hamparan
elektronik, pangkalan data, pengurusan fail,
penghasilan dokumen, persembahan,
serta informasi dan komunikasi
(Norton & Wiburg 2003).
Bidang
yang
kedua memfokus kepada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, iaitu
bagaimana menggunakan ICT
secara efektif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang
dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Guru didedahkan
dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium
untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi atau
melihat demontrasi sesuatu kejadian,
membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran seperti
menghasilkan karangan, melakar
gambar dan sebagainya (Maier
& Warren 2002;
Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran
menggunakan ICT meningkatkan minat dan
perhatian murid, menggalakkan
maklum balas, menawarkan pengalaman
pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran
pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian
perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi
berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini
2002; Fauziah Ahmad 2006).
1.4
Kebaikan Pengajaran Berbantukan Ict Kepada Murid
Berdasarkan
hasil bacaan kami melalui penggunaan perisian multimedia sebagai modul
pengajaraan dalam mata pelajaran dapat membantu pelajar. Hal ini demikian
kerana dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar tetapi ianya tidaklah
secara menyeluruh kerana peningkatan prestasi pelajar dalam kalangan pelajar
bekerpeluan khas perlu mengambil banyak masa dari satu peringkat ke peringkat
yang lain. Sebagai contoh guru yang menyediakan bahan pembelajaran berbantukan
multimedia yang menarik dan efisien memudahkan pelajar memahami konsep sesuatu
topic dengan lebih mudah.
Pembelajaran
berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping
memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi
multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung,
ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang
serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Pembelajaran
berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh
diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti
gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar
tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran
berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan
mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah ,
1987). Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar
seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Penggunaan
ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran juga berkeupayaan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan
murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang di ajarkan oleh guru mata pelajaran
ketika proses pengajaran dan pembeajaran, dengan adanya teknologi ini dapat memberi
peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
dengan itu tiada sebab untuk guru-guru yang mengajar pelajar berkeperluan khas
memberi alasan bahawa kelemahan pelajar itu yang menyebabkan para pelajar ini
tercircir dan tidak mampu mengikut sesi pembelajaran di dalam kelas.
Malah
dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan ini membolehkan pelajar untuk
membuat pembelajaran bersendiri (individualise learning ) jadi pelajar tidak
berharap secara sepenuhnya daripada guru yang mengajar mereka kerana mereka
mampu menggunakan teknologi untuk menadapatkan maklumat tambahan seperti untuk
pelajar berkeperluan khas pula mereka boleh menggunakan teknologi dan dengan
itu mereka dapat belajar sendiri penggunaannya dan ini menjadikan satu ilmu
yang baru buat diri mereka. Bahkan dengan teknologi ini membolehkan murid
mengakses maklumat yang sukar diperolehi seperti yang kita tahu bahawa tidak
semua perkara atau benda guru dapat ajarkan kepada anak didiknya jadi melalui
peralatan seperti teknologi ini dapat membantu kekurangan pelajar itu terisi
dengan baik bahkan kaedah ini juga turut diguna pakai pada pelajar khas. Dengan
itu mereka dapat mendapat sesuatu maklumat baru yang diperolehi sendiri untuk
diri mereka.
Selain itu,
salah satu kebaikkan teknologi atau penggunaan ICT dalam pendidikan ialah ianya
membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
terlalu
mahal untuk dikumpul dalam tempoh yang singkat dan tidak memerlukan mereka menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Dalam pendidikan khas terutamanya, akan wujud satu suasana di mana pembelajaran menjadi lebih seronok dan mencabar. Ini adalah kerana mereka mendapat situasi yang baharu dalam satu kehidupan mereka ketika berada di kawasan sekolah. Tambahan juga, seperti apa yang kita umumny aketahui bahawa terdapat kajian yang sekolah tidak mampu membenarkan guru-guru lakukan di dalam kelas kerana satu kajian tersebut mungkin memerlukan peralatan bahan yang tinggi kosnya bahkan menghadirkan bahaya buat pelajar ini dengan itu, menggunakan ICT membolehkan murid mencuba atau melaksanakan kajian yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa dan menjamin keselamatan buat semua pelajar. Malah ICT juga mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dengan itu cara pemikiran pelajar dapat berfungsi dengan lebih baik dan daya pemikiran mereka juga dapat bertambah baik daripada tempoh sebelum ini. Tambahan juga dengan adanya penggunaan ICT dalam pendidikan khusunya pendidikan khas dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambah kemahiran ICT mereka dengan itu selain daripada pembelajaran mereka dapat mempunyai kemahiran yang mampu menjamin masa hadapan buat diri mereka.
mahal untuk dikumpul dalam tempoh yang singkat dan tidak memerlukan mereka menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Dalam pendidikan khas terutamanya, akan wujud satu suasana di mana pembelajaran menjadi lebih seronok dan mencabar. Ini adalah kerana mereka mendapat situasi yang baharu dalam satu kehidupan mereka ketika berada di kawasan sekolah. Tambahan juga, seperti apa yang kita umumny aketahui bahawa terdapat kajian yang sekolah tidak mampu membenarkan guru-guru lakukan di dalam kelas kerana satu kajian tersebut mungkin memerlukan peralatan bahan yang tinggi kosnya bahkan menghadirkan bahaya buat pelajar ini dengan itu, menggunakan ICT membolehkan murid mencuba atau melaksanakan kajian yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa dan menjamin keselamatan buat semua pelajar. Malah ICT juga mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dengan itu cara pemikiran pelajar dapat berfungsi dengan lebih baik dan daya pemikiran mereka juga dapat bertambah baik daripada tempoh sebelum ini. Tambahan juga dengan adanya penggunaan ICT dalam pendidikan khusunya pendidikan khas dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambah kemahiran ICT mereka dengan itu selain daripada pembelajaran mereka dapat mempunyai kemahiran yang mampu menjamin masa hadapan buat diri mereka.
1.5 Kelemahan Pengajaran Berbantukan Ict
Pengajaran berasaskan
komputer memerlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian. Di samping banyak kelebihan
yang diperoleh menerusi pengajaran berasaskan komputer, terdapat juga kelemahan
atau kekangan yang dihadapi oleh guru dan murid sebelum atau semasa menjalankan
pengajaran. Pengajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran guru dalam
mereka bahan atau perisian. Holmes
(1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam
kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Walaupun guru
telah mempelajari bagaimana cara menggunakan komputer belum mencukupi untuk
membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting
dalam mengintegrasi teknologi ialah guru
terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang
latihan. Oleh yang demikian, dalam pembinaan dan pelaksanaan pengajaran
berasaskan komputer, guru mestilah menguasai cara mengintegerasikan pengajaran
yang dirancang dengan teknologi yang serba canggih pada masa. Selain itu, guru
juga akan menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana
banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Hal ini kerana, bahan
yang disediakan mestilah selaras dengan objektif pengajaran dan sesuai dengan
murid-murid. Dalam pembinaan bahan pengajaran juga guru perlulah mengambil
kira aspek-aspek penting seperti penggunaan teks, grafik, visual, animasi dan
sebagainya. Aspek-aspek tersebut mestilah diberi perhaitan misalnya
penggunaan teks dalam powerpoint mestilah mengikuti prinsip
CASPER. Sekiranya guru mengambil mudah terhadap pembinaan bahan, hal ini
akan menyukarkan pelaksanaan pengajaran. Sehubungan dengan itu, jelas
menunjukkan bahawa pengajaran berbantukan komputer mengambil masa yang lama
dalam peringkat pembinaannya. Di samping itu, kemudahan teknologi maklumat juga
tidak mencukupi dalam kebanyakan sekolah. Pengintegrasian teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang
mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan
dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi
maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan
pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu
juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses
penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi
salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian
pelajaran dengan teknologi. Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa,
dalam memastikan kelancaran pengajaran berasaskan komputer, guru mestilah
memastikan terlebih dahulu sama ada kemudahan sesebuah sekolah itu mencukupi
atau tidak. Konklusinya, dalam pembinaan dan pelaksanaan pengajaran berasaskan
komputer, terdapat banyak kelemahan yang bakal ditempuhi oleh guru dalam
memastikan kelancaran pengajaran. Namun begitu, guru mestilah memikirkan
jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pengajaran selaras dengan
kecanggihan dunia serba moden masa kini.
1.6
Syarat Untuk Memanfaat Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
Untuk memperoleh
manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi
perhatian :
Pengunaan ICT dalam
P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai
Kefahaman konsep
pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.
Mod atau pendekatan
yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan
untuk memudahkan guru – guru mengaplikasikan satu proses P&P yang
melibatkan teknologi dengan lebih terancang.
Konsep penggunaan ICT
dalam P&P boleh dikategori sebagai :
a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi
1.7 Kesimpulan
Kemajuan
dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan
sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan
dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat
yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal
adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya,
namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu
bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat
kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.
Adalah
menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk
menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa
akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada
peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi
menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan
dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.
Penggunaan
ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini
untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan
untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti
teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang
penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara
pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga
internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan
teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut
kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi
maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. Berikut
merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Dalam
melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan,
kita juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia
mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya kajian yang dijalankan oleh
Rosseni (2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliau mendapati bahawa masih
terdapat lagi di kalangan tenaga pendidik yang masih tidak tahu menggunakan
cakera padat interaktif (salah satu bahan banatu mengajar dalam pembelajaran
berasaskan komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Daripada kajian beliau, sebanyak 42 peratus guru tersebut yang mempunyai tahap
pengetahuan terhadap penggunaan cakera padat yang rendah. Sementara itu,
sebanyak 48 peratus daripadanya hanya tahu meneroka dan menilai cakera padat untuk
penggunaan pendidikan. Daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Rosseni ini
menunjukkan bahawa tahap dan pengaplikasian cakera padat pendidikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap yang rendah.
Kebanyakan daripada pendidik ini hanya menggunakan buku teks sebagai asas utama
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Rujukan
Sathiamoorthy
Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan
Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid
12, Bil.02, Disember 2002
Baharudin
Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian
Pendidikan Guru
No comments:
Post a Comment