Nama penuh saya Siti Nur Adilieelah..
Nama panggilan ada macam-macam... kawan-kawan sekolah menengah samapailah dalam universiti ni kawan-kawan panggil Adi, tapi kalau orang lain saya suruh panggil Diela barulah nampak ayu sikit, berbeza dengan panggilan dekat rumah sebab family dan sedara mara semua panggil Iya, datang mana pon saya tak tahu nama Iya sampaikan lekat hingga ke besar panjang ni.
Umur muda lagi, baru 21 tahun...hehehhehe...
Merupakan anak kelahiran Kedah tapi lahir je lah kat sana membesar dekat Selangor.. bile orang tanya asal mana tak taw nak jawab apa!hahaha....
Saya merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik-beradik, orang kate anak nombor 3 ni perangai pelik sikit, hidup dalam dunia sendirilah, degil. Memanglah degil, anak ayah lah katakan.yang paling kerap orang cakap ego tinggi...biarlah apa orang nak cakap yang penting hidup kene enjoy!
Saya merupakan pelajar pendidikan khas (bakal cikgu taw!) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) UKM kebanggaan saya!!!. Mengambil pengkhususan dalam bahagian Masalah Pembelajaran. Tapi masih baru lagi...banyak nak kene belajar baru bangga bawak tittle 'Guru' keluaran UKM!
kite lambat lagi nak graduat tahun 2017 nanti time tu insyaallah dah bersedia sepenuhnya!. tambahan lagi dekat UKM ni banyak sangat pengalaman dapat dalam tempoh belajar dekat sini (mai la semua minta masuk UKM, syok sungguh nak habaq mai kat hangpa!).
No comments:
Post a Comment