Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.
Definisi Pendidikan Khas :
"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"
Hallahan dan Kauffman(2006)
"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"
Gargiulo(2003)
"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"
Friend (2005)
"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"
Mansor (2005)
CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
Sabar
Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas. Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak berputus asa dalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar untuk menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan mereka. Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau sesabar manapun kita mesti ada batasnya. Oleh itu, sentiasalah bijak memotivasikan diri dan juga mengamalkan ayat-ayat dan zikir penenang jiwa agar kita boleh kembali bersemangat untuk mengajar mereka.
Kreatif Dan Mempunyai Idea Yang Berterusan
Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar kita dapat memahami apa yang diajar, kita haruslah menjadi seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika metod yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang penting bagi menjadi guru yang berkesan.
Ilmu Pengetahuan:
Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus melengkapkan diri dengan segala ilmu yang sudah pasti dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru juga harus mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas supaya tidak terkial-kial menjawab soalan yang di kemukakan. Selain itu, guru harus mengetahui peranan masyarakat dan sekolah.
Kemahiran:
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
Bertanggungjawap
Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .
Inovasi
Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.
Adil
Sikap tidak pilih kasih ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas. Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya. Guru yang berjaya tidak memandang seorang pelajar sahaja tetapi semua pelajar menjadi dibawah perhatiannya. Dalam menghukum juga tidak berat sebelah, memilih bulu dan tidak adil supaya pelajar tidak memandang guru berlaku tidak adil.
Sense of humor
Dalam menjadikan kelas tidak kaku dan pelajar bosan dengan pelajaran unsur humor perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Empati
Sikap empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas. Kewujudan ini penting supaya guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini. Apabila ibu bapa mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibu bapa tidak mempunyaai ilmu dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi membantu mereka supaya anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna
Simpati
Sentiasa merasa simpati dan belas kasihan kepada kanak-kanak dengan nasib mereka. Sentiasa membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka
Kreatif dan berbakat
Guru yang kreatif adalah guru yang meneroka murid-murid. Murid-murid menunggu guru kerana tidak sabar untuk mempelajari pengajaran baru. Setiap guru mempunyai kreativiti masing-masing. Guru haruslah mendapatkan ilmu daripada bahan-bahan bacaan dan memperkembangkan kreativiti dalam diri. Guru yang kreatif akan meyediakan pelbagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan keburukan dan kelemahan para pelajar. Tidak membezakan pelajar yang cantik atau buruk dan yang pandai atau tidak. Sentiasa melaayan murid pendidikan khas dengan layanan yang baik, tidak memukul mereka sekirannya mereka membuat salah. Sentiasa memahami kelaluan pelajarnya. Guru seharusnya menyayangi murid-murid pendidikan khas seperti mereka menyayangi murid-murid biasa.
JENIS-JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Jenis-Jenis Program Pendidikan
Khas
. Sekolah Khas
. Program Integrasi
. Pendidikan Inklusif
. Program Pemulihan Khas
. Bilik Resos
Sekolah Khas
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan
kepada murid-murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran.
Sekolah-sekolah ini ditadbir terus oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program Integrasi
Program yang disediakan perkhidmatan pendidikan
kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah
arus perdana.
Program Integrasi ini dikendalikan dan menerima
bantuan peruntukan daripada Jabatan Negeri yang
menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif adalah program bagi menempatkan
murid Pendidikan Khas yang telah menguasai
sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran
(akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti suasana
pembelajaran normal.
Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif boleh dijalankan dalam dua bentuk:
Separa Inklusif
Inklusif Sepenuh Masa
Separa Inklusif
. Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk
mata pelajaran tertentu sahaja.
. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas.
. Senarai nama murid pada daftar Pendidikan Khas.
. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing
atau guru pendamping.
. Mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan
murid biasa.
Inklusif Sepenuh Masa
. Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa
seperti murid biasa.
. Senarai nama kekal dalam daftar Pendidikan Khas.
. Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan
daripada guru Pendidikan Khas (guru pendamping)
sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari
segi pembelajaran atau tingkah laku.
. Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi
pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk
mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dsb.
Pendidikan Inklusif
Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di
sekolah rendah dan menengah bergantung kepada
laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan
sama ada seseorang murid itu layak atau sebaliknya.
Program Pemulihan Khas
Program pemulihan khas ini adalah untuk murid-murid
pendidikan khas yang memerlukan pemulihan dalam
subjek-subjek atau kemahiran-kemahiran tertentu.
Bilik Resos
Satu tempat yang menyediakan perkhidmatan bagi
murid-murid pendidikan khas yang menghadiri
program integrasi.
Prosedur Kemasukan Murid-Murid
Pendidikan Khas
. Borang Pendaftaran OKU
. Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri
. Isi borang dan buat pemeriksaan
. Kembalikan borang yang lengkap ke JPN
. Proses Penilaian
Prosedur Kemasukan Murid-Murid
Pendidikan Khas
. Temuduga Ibu Bapa
. Tawaran Penempatan
. Tempoh percubaan
. Pengesahan penempatan
Struktur Perkhidmatan Pendidikan
Khas
Sekolah Berasrama
Penuh
Kelas Khas Sepenuh Masa
Kelas Biasa Separuh Masa
Kelas Khas Separuh Masa
Kelas biasa dengan perkhidmatan pendidikan sokongan
Kelas biasa dengan perkhidmatan rundingan untuk guru normal
Kelas normal sepenuh masa
Perkhidmatan dan Penempatan
Murid Khas
Tahap 6
Tahap 5
Tahap 4
Tahap 3
Tahap 2
Tahap 1
Perkhidmatan dan Penempatan
Murid Khas
. Tahap 6 – Pusat Penjagaan / Latihan Harian
. Tahap 5 – Kelas Khas Sepenuh Masa
Program Khas dengan Guru Khas
. Tahap 4 – Kelas Khas – separuh masa
Program Khas – guru biasa
. Tahap 3 – Kelas Biasa – guru biasa
Perkhidmatan Guru Khas
. Tahap 2 – Kelas Biasa – Guru Biasa Khidmat
Sokongan dari Guru Khas
. Tahap 1 – Kelas Biasa, Guru Biasa, Kurikulum Biasa
Pendafatran Murid Baru
Pendidikan Khas
. Murid Bermasalah Penglihatan
– Sepanjang Tahun
. Murid Bermasalah Pendengaran
– Sepanjang Tahun
. Murid Bermasalah Pembelajaran
– Awal Tahun
NOTA RPI- RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI )
1. DEFINISI DAN KONSEP
Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
“RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut"
( Daniel P. Hallahan dan James M. Kauffman,1977)
Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.
“ RPI” ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya”
( William N. Bender, 1995 )
RPI penyataan ringkas mengenai :
a. Tahap prestasi seseorang murid
b. Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
c. Matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid
d. Maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenalpasti
e. Objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian
f. Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
g. Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan untuk murid
h. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam sekitar
- RPI adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.
ELEMEN-ELEMEN RPI
1. Kerjasama
2. Berkongsi Maklumat
3. Keputusam Bersama
4. Kebolehpercayaan
5. Dokumentasi
6. Proses dan Hasil
· Merujuk pihak yang terbabit
· Mengumpul maklumat
· Mengadakan mesyuarat
· Membina rancangan bertulis
· Menjalankan apa yang dirancang
· Menilai pembelajaran yang telah dijalankan
CIRI-CIRI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
1. Komprehensif
2. Spesifik
3. Mengikut urutan
4. Bersesuaian dan realistik
5. Mudah difahami
6. Digubal semula
PERANAN DAN SUMBANGAN AJK RPI
1. Pihak Pentadbiran Sekolah
2. Ibu bapa
3. Guru Pendidikan Khas
4. Kumpulan Pelbagai Disiplin
KEPENTINGAN RPI
1. Murid
2. Guru-guru
3. Ibu Bapa
4. Agensi Yang Berkaitan
5. Semua Yang Terlibat
PENYEDIAAN RPI
1. Rujukan Pihak Yang Terlibat
2. Pengumpulan Data
3. Mesyuarat
4. Pelaksanaan
5. Penilaian
AGENDA MESYUARAT AJK RPI
a. Pengenalan dan agenda mesyuarat – peranan pengerusi dan ahli
b. Mengkaji kekuatan dan keperluan pembelajaran –
c. Pembentukan Matlamat dan Objektif
d. Keputusan untuk mendapat resos
e. Penulisan rancangan pengajaran
PENULISAN RPI
Mengandungi:-
· Nama AJK
· Matlamat
· Pencapaian Murid
· Objektif
· Prosedur dan kriteria penilaian
· Strategi pengajaran
· Resos
· Orang yang bertanggungjawab
· Inklusif
· Catatan
MATLAMAT
Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan kemampuan secara umum apa yang akanberlaku kepada murid.
Perkara-perkara yang perlu ialah :-
· Bersifat positif
· Kekuatan murid
· Tidak terhad kepada murid itu saja
OBJEKTIF
Ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran akan membantu mencapai matlamat.
· Objektif tingkahlaku
· Objektif pengajaran dan pembelajaran
Sawan Dalam Kalangan Kanak-kanak
badan yang dikaitkan dengan kerongkong, @ radang telinga, @ jangkitan penyakit yang lain.
Berikut merupakan saranan langkah yang boleh dilakukan ketika berhadap dengan kanak-kanak
yang mengalami sawan:
akan menyebabkan kecederaan.
2. Alihkan pakaian, tetapi harus pastikan kanak-kanak tidak kesejukkan. Pastikan terdapat
aliran udara yang baik.
3. Basahkan tuala dengan air yang suam (suhu sederhana) dan lapkan badan kanak-kanak
agar dapat menurunkan suhu badan. Mulakan dengan kepala dan kemudian sehingga ke
keseluruhan badan.
4. Biarkan kanak-kanak berehat seketika jika sawan telah berhenti.
5. Jika perlu, hantar kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
MASALAH DISLEKSIA
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Disleksia, atau gangguan membaca pembangunan, dicirikan oleh kesukaran dengan belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat walaupun kecerdasan yang normal atau melebihi purata. Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi , fonologi penyahkodan, kelajuan pemprosesan, coding dgn sistem ejaan , pendengaran ingatan jangka pendek , kemahiran bahasa / kefahaman lisan, dan / atau penamaan pesat
Dyslexia, aatau masalah perkembangan pembacaan, bercirikan kesukaran dengan belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat sungguhpun memiliki kecerdasan yang normal atau melebihi purata.Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi , penyahkodan fonologi, kepantasan memproses, pengkod orthografik ("sistem ejaan"), ingatan jangka pendek pendengaran, kemahiran bahasa / kefahaman lisan, dan/atau penamaan pantas.
Disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling biasa dan masalah pembacaan yang paling diakui. Terdapat kesukaran membaca yang lain yang tidak berkaitan dengan disleksia.
Sesetengah pihak melihat disleksia sebagai berbeza daripada kesukaran membaca akibat daripada sebab-sebab lain, seperti kekurangan bukan neurologi berkait penglihatan atau pendengaran, atau pengajaran lemah atau tidak mencukupi. Terdapat cadangan tiga jenis pecahan kognitif disleksia (pendengaran, penglihatan dan penumpuan), sungguhpun kes-kes disleksia individu adalah lebih baik dijelaskan melalui kekurangan neuropsikologi asas khusus (contoh, gangguan memproses pendengaran, masalah hiperaktif gangguan perhatian, gangguan pemprosesan visual) dan berlaku masalah pembelajaran bersama (contohnya diskalkulia dan disgrafia). Sungguhpun ia dianggap sebagai menerima (afferent) berasaskan kecacatan pembelajaran bahasa dalam penyelidikan maklumat, disleksia juga memberi kesan kemahiran ekspresif (eferen) bahasa seseorang. Penyelidik di MIT mendapati bahawa seseorang dengan disleksia mempamerkan kecacatan keupayaan mengenalpasti suara. Lebih menariknya, kajian yang diterbitkan dalam talian (dan dalam isu Julai American Journal of Human Genetics), melaporkan kemungkinan asal disebabkan genetik sebagai punca masalah itu, dan masalah pembelajaran lainnya, yang boleh membantu memberi petunjuk dalam beberapa kes bagi diagnosis awal dan campur tangan yang lebih berjaya.
SINDROM DOWN
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.
Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.
Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masaalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan Sindrom Down boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
AUTISME
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".
Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.
Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).
Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.
Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:
fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda
terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rwatan chelation permakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism
Kedua-dau Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
No comments:
Post a Comment