Monday, 15 December 2014

ZOO NEGARA TEMPAT REUNION MENARIK


dekat 5 tahun dah masing-masing tak berjumpa, semua dah besar panjang, kamin cantik, cun, meletop kebabom..haihh..akhirnya dapat klepas rindu..kawan-kawan sekolah menengah.kenangan terbaik...punyalah nak buat reunion yang nak imbas kenangan..Zoo Negara pilihan kami

KENANGAN PRAPRAKTIKUM DI SMK BUKIT RAHMAN PUTRA



pengalam pertama menjadi guru..seronok sangat sebab dapat peluang jumpa anak-anak syurga...sayu hati bila di akhir waktu terpaksa berpisah..semoga berjumpa lagi anak didik ku..

Sunday, 14 December 2014

kelainan upaya bukan satu penghalang-kisah pemanah paralimpik negara.

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- "Mak, terima kasih. Walau pun anak mak ni kurang upaya tetapi masih dapat buat yang terbaik untuk negara." Sesiapa sahaja yang berada ketika ungkapan kata itu diluahkan atau hanya mendengarnya melalui laporan media, pasti akan terguris emosinya. Itulah ungkapan luhur pemanah paralimpik negara, Hasihin Sanawi selepas beliau berjaya merangkul pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik London baru-baru ini. Seraya kejayaan merangkul pingat perak pada temasya sukan terbesar bagi atlet kelainan upaya itu, Hasihin kini berjaya menempatkan dirinya sebagai pemanah paralimpik keempat terbaik dunia. Biarpun namanya tidak setanding atlet tersohor negara seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Datuk Nicol Ann David (skuasy), pemuda berusia 29 tahun itu tidak cepat alpa dan sentiasa merendah diri. Kekurangan yang dimiliki beliau bukanlah penghalang untuk mencipta nama di peringkat tempatan dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

 TEMPAT MULA KENALI SUKAN MEMANAH
Segala-galanya bermula di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Selangor dan Wilayah Persekutuan, yang kini dikenali sebagai Rumah Insaniah Dr Siti Hasmah di Petaling Jaya pada 2010, di mana beliau pertama kali mengenali sukan memanah. "Selepas kemalangan pada 2005 semasa membantu ayah membina rumah, kedua-dua belah kaki saya lumpuh. Ketika itu saya dan keluarga semacam buntu, namun tidak berputus harap untuk terus mendapatkan rawatan bagi memulihkan keadaan saya. "Doktor kata kecederaan saya sukar dipulihkan. Saya memang putus harapan sebab tidak lagi dapat membantu keluarga. Doktor yang merawat saya mencadangkan agar saya menjalani pemulihan di PPOC. "Masa saya mula masuk ke PPOC, saya tengok beberapa penghuni di situ giat jalani latihan memanah, antaranya Allahyarham Salam Sidik. Dari situ timbul minat saya untuk belajar sukan memanah," kata Hasihin. Di bawah bimbingan jurulatih Amirullah Ahmad pada Majlis Sukan Negara (MSN), Hasihin mula meniti kejayaan dalam sukan memanah.

 IBU BAPA KURANG YAKIN
 "Pada mulanya, ibu bapa saya tidak begitu yakin dengan keputusan saya untuk menjadi atlet sepenuh masa. Mereka lebih rela saya tinggal di rumah dan di jaga mereka," kata Hasihin, anak ketiga daripada empat beradik pasangan Sanawi Mat Nin dan Sapiyah Mat Yan. Ibu bapa mana yang tidak prihatin terhadap keperluan anak mereka dan tidak kurang memberi dorongan dan sokongan. Kecederaan kekal yang dialami Hasihin telah membuatkan ibu bapanya pada awalnya seakan tidak rela untuk berenggang dengannya. "Semasa di PPOC, Hasihin ada menyatakan hasrat untuk menceburi sukan memanah, saya dan isteri kurang yakin. "Namun lama kelamaan selepas melihat kesungguhan dan semangatnya dalam sukan itu, kami sekeluarga gembira dengan perubahan yang ditunjukkan. Kami kini sentiasa menyokong Hasihin dari belakang. "Ibu bapa mana yang tidak bangga bila anak kandung mereka berjaya mencapai kejayaan yang besar untuk negara. Kami amat berbangga dengan kejayaan yang diraih Hasihin," kata bapanya.

 TIADA SEBAB UNTUK MERENDAH DIRI
Kajian psikologi telah menunjukkan Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih cenderung untuk merasa rendah diri dan tidak banyak bergaul dengan orang lain. Akibat daripada itu, ia adalah antara sebab mengapa Malaysia sukar untuk mendapatkan bakat baru atau melibatkan golongan OKU untuk bergiat dalam bidang sukan. Hal berkenaan diakui atlet elit olahraga paralimpik kategori cacat penglihatan, Hemala Devi Eni Kutty. "Memang sukar pada mulanya untuk bergiat dalam sukan khususnya sukan kompetitif seperti olahraga. Bukan mudah... ada masa berjaya, ada masa ada rasa kecewa.  "Saya sangat berharap semua ibu bapa yang ada anak istimewa, jangan biarkan anak mereka terperuk di rumah sahaja. "Mereka perlu didedahkan dengan dunia luar, antaranya sertai bidang sukan. Dengan cara ini, ia membantu mereka lebih terbuka dan tidak memencilkan diri," katanya. Nasihat Hemala Devi kepada ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya ialah supaya tidak merasa malu dengan kecacatan yang dialami oleh anak mereka. "Sudah tiba masanya anak istimewa ini diberi bantuan dari segi pendidikan,  sosial, psikologi dan keyakinan diri," kata atlet yang turut membawa cabaran negara pada Sukan Paralimpik London 2012.

 SOKONG ORANG KELAINAN UPAYA
 Atlet senior, P.Mariappan, atlet powerlifting yang pernah menyumbangkan dua pingat gangsa pada Sukan Paralimpik, pula melahirkan kebimbangan kerana tidak ramai atlet muda yang mahu melibatkan diri dalam sukan berkenaan. "Boleh dikatakan saya agak bimbang dengan sukan powerlifting kerana tidak ramai yang mahu sertai sukan ini," kata atlet yang berusia 54 tahun itu. Mariappan telah mewakili negara pada temasya Paralimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1988; Barcelona, Sepanyol (1992); Atlanta, Amerika Syarikat (1996); Sydney, Australia (2000), Athens, Greece (2004), Beijing, China (2008) dan London, England (2012).
 Daripada tujuh penampilan beliau pada temasya sukan terbesar bagi atlet kelainan upaya itu, Mariappan berjaya meraih dua pingat gangsa, masing-masing pada temasya di Seoul dan Barcelona. Katanya, dalam mendorong golongan OKU berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, perspektif masyarakat di negara ini terhadap golongan itu haruslah positif. "Janganlah melihat kekurangan kami sebagai halangan dan alasan untuk memberi peluang dan membantu kami. Kami perlukan sokongan anda semua," kata Mariappan. Mengambil pengalaman berada pada dua temasya Sukan Paralimpik di Beijing (2008) dan London (2012), masih ada banyak ruang yang harus dipelajari rakyat Malaysia dalam menerima atlet atau orang kelainan upaya seadanya. Pendedahan terhadap sukan kompetitif baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa perlu diberikan kepada pelajar di sekolah pendidikan khas. Lebih awal sukan itu dipupuk, lebih awal mereka pelajari skil bersukan dan membentuk keyakinan diri, disiplin dan sikap berdikari. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara banyak memberi bantuan dan sokongan kepada atlet kelainan upaya negara dari segi latihan, peralatan sukan, perubatan, elaun dan ganjaran. Ia adalah sesuatu tindakan positif dan membuktikan atlet dari kalangan orang kelainan upaya juga diberi fokus dan dihargai.

 -- BERNAMA

 FA CR

Lirik Lagu Guru Malaysia

Lirik Lagu Guru Malaysia



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Saturday, 13 December 2014

Varsiti Kita - Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)




Tajuk Lagu/ Song Title: Varsiti Kita
Artis/ Artist: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Album/ Info: Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / UKM official anthem

Lirik Lagu/ Lyrics: Varsiti Kita - Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Lihat kampus ku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah varsiti kita
Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membina
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat ungulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia


jangan main-main woo...dengar je lagu ni dekat universiti ni terpacak habes bulu roma..lagu kebanggaan patik!! berani main dengan lagu ni, dengar di patik mau merasa TAMPARAN WANITA!!

ICT DALAM PENDIDIKAN - pelan pembanggunan pendidikan Malaysia 2013-2025


Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia


dalam pelan pembanggunan pendidikan Malaysia 2013-2025 ada membincangkan mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan.

Mengapakah perlu?: Sepanjang dekad yang lalu Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari.Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik darisegi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebihkurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawahanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCOpada tahun 2012 mendapati bahawa penggunaan ICTtidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICTmempunyai potensi yang besar untuk memacu prose spembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas.Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan.Apakah bentuk kejayaan?: ICT akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh.Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICT akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna. Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya. Bagi memaksimumkan impak pelaburan, Kementerian juga akan membuat pelaburan dalam latihan kecekapan ICT untuk semua guru dan secara beransur-ansur meningkatkan nisbah perantimurid daripada hampir 1:30 pada tahun 2011 kepada 1:10 menjelang tahun 2020. Bagi memastikan kecekapan kos, Kementerian akan melabur dalam peranti yang sesuai dengan tujuan penggunaan, seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah. Kementerian juga akan mengkaji penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah berbanding dengan makmal komputer yang ada sekarang, seperti perpustakaan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013. Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video dari semasa ke semasa. Guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid
pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. Program perintis inovasi ini akan dimulakan pada tahun 2016. Program yang berjaya akan dilaksanakan di seluruh negara.

Monday, 13 October 2014

one of the kind!

dalam blog yang saya dirikan ini, saya akan cuba membantu semua rakan seperjuangan dalam dunia pendidikan khas untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna dan dapat menambahkan ilmu..

WELCOME TO MY WORLD

this is one part of my life...